NURULFARHANI ENTERPRISE atau lebih dikenali sebagai N-ANGGUN, merupakan sebuah syarikat baru yang mengeluarkan produk kecantikan sendiri. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2005 di Taman Kota Yong Peng Johor. Syarikat ini menghasilkan produk kecantikan yang berbentuk rawatan. Hasil kajian sebelum ini, N-Anggun berjaya mengeluarkan produk yang terdiri dari penjagaan kulit wajah dan tubuh badan serta bahan-bahan kosmetik yang lain.
N-Anggun bermula dengan syarikat yang menjalankan perniagaan rawatan kecantikan dan jualan produk-produk kecantikan daripada syarikat lain. Hanya bermula dengan beberapa produk, N-Anggun akan terus bangkit bagi memasarkan produk kecantikannya ke seluruh Malaysia, seterusnya ke seluruh dunia. Syarikat ini akan memasarkan sendiri produk kecantikannya pada peringkat awal. Ini bagi memastikan pengguna berasa lebih terjamin dalam menggunakan produk kecantikan ini.
Pasaran yang baik dalam bidang kecantikan akan lebih meyakinkan para pengguna untuk menggunakan produk kecantikan dari N-Anggun. Kualiti produk yang selamat dan telah mendapat pengiktirafan serta pendedahan terhadap kecantikan oleh syarikat telah menjamin para pengguna untuk menggunakannya.
Dijangka produk kecantikan N-Anggun akan menembusi pasaran ke seluruh Malaysia. Kerjasama baik daripada pengguna akan meningkatkan prestasi pencapaian yang semakin baik dari masa ke masa. Diharap N-Anggun akan gah dalam pasaran kecantikan pada masa akan datang.